SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa, ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengalih sokongan disifatkan sebagai lompat parti namun sekadar menggunakan istilah berbeza.
Sedangkan menurutnya, Akta Anti Lompat Parti bertujuan menghalang katak-katak politik untuk melompat sesuka hati sekali gus mengelakkan drama politik yang berpanjangan.
"Tetapi rupa-rupanya walaupun akta anti lompat parti telah diluluskan, katak-katak ini tetap melompat menggunakan nama yang lain sahaja iaitu menyokong kerajaan tanpa keluar parti.
"Saya mohon agar PMX untuk menilai semula mereka-mereka yang melompat ini agar agenda reformasi Parlimen dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai tujuan sebenar reformasi tersebut," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Beliau berkata, dengan Akta Anti Lompat Parti, sepatutnya wakil rakyat yang dipilih boleh terus fokus untuk berkhidmat bagi rakyat yang memilih mereka dan parti yang mereka wakili.
"Cukup-cukuplah dengan drama politik sebelum ini, rakyat sudah penat dan muak dengan drama politik tersebut
"Kini adalah masa untuk fokus membantu rakyat," katanya.
Pada Selasa, Ahli Parlimen Gua Musang, Datuk Mohd Azizi Abu Naim daripada Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan sokongan kepada Anwar berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, keputusan itu dibuat bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terbela selain terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.
Mohd Azizi merupakan ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketiga yang mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Anwar.
Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengambil tindakan sama.
Manakala hari ini, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik pula menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 08 2023
Dr Akmal mendakwa, ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengalih sokongan disifatkan sebagai lompat parti namun sekadar menggunakan istilah berbeza. - Gambar fail/Bernama
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.
Tiada unsur pujukan, habuan untuk sokong Anwar - Syed Abu Hussin
Ahli-ahli Parlimen Bersatu yang memberikan sokongan kepada Perdana Menteri berbuat demikian secara rela hati tanpa dipengaruhi sebarang unsur pujukan atau habuan.
'Katak-katak politik tetap melompat, guna istilah lain' - Dr Akmal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.
Sokong PM: Tindakan Labuan pelik, tidak wajar - Islahuddin
Ahli Parlimen Mersing itu berkata, kesemua Ahli Parlimen Bersatu sebelum ini sudah menyatakan sokongan sebulat suara kepada PN.